Majlis Perpisahan Persatuan Matematik
Majlis Perpisahan diadakan pada 5 Ogos 2017 di kantin sekolah. Tujuan Majlis ini diadakan ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan ahli tingkatan 5 yang telah berkhidmat dan menjayakan aktiviti Persatuan Matematik di samping mengeratkan perhubungan sesama ahli persatuan. Sebanyak 34 orang ahli telah menghadiri majlis ini dengan kedua-dua guru penasihat, iaitu Pn. Teh Siew Hong dan Pn. Tan Wey Fen. Makanan ringan, pizza, telah disediakan untuk majlis ini. Kedua-dua Pengerusi dan Naib Pengerusi dijemput untuk memberi sepatah dua dalam majlis ini.
Filed under: Club Activity on August 7th, 2017
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.