Bengkel Matematik Olimpiad
Bengkel Matematik Olimpiad telah berjaya dilaksanakan pada 20 Ogos 2018 di Auditorium sekolah daripada pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Bengkel ini merupakan usaha sama sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Sebanyak 7 buah sekolah di daerah timur laut dengan peserta guru dan murid seramai 39 orang telah menghadiri bengkel ini di samping guru-guru dan murid-murid sekolah ini.
Dua orang penceramah telah dijemput untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan murid-murid. Yeoh Zi Song, wakil IMO sebanyak 5 kali sejak beliau berada di Tingkatan Satu telah berkongsi penglibatan beliau dalam pertandingan IMO di samping memberi satu ceramah tentang Teknik Penyelesaian Masalah. Prof Dr. How Guan Aun, bekas president Bahagian Matematik Tulen, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia pula memberi ceramah tentang Aplikasi Matematik dan juga tentang topik Polynomials.
Peserta telah banyak mendapat pengetahuan dan juga motivasi daripada bengkel ini.
Murid Yeoh Zi Song sedang memberikan ceramah.
Prof Dr. How Guan Aun sedang memberikan ceramah dengan teliti.
Para peserta menumpukan perhatian semasa mendengar ceramah .
Murid-murid mengambil gambar dengan kedua-dua penceramah selepas Bengkel Matematik Olimpiad.
Filed under: Club Activity on August 22nd, 2018
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.