UCSI University : Science & Maths Quiz 2016 (Penang State Level)
3 pasukan daripada sekolah kita telah mengambil bahagian dalam “Science and Maths Quiz 2016” anjuran UCSI University pada 9 April 2016 di Dewan YMCA, Pulau Pinang.
Terdapat 40 pasukan daripada sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang bertanding dalam kuiz ini. 4 pasukan terbaik dipilih untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 23 Julai 2016 di University UCSI di Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kita yang terdiri daripada Lee Ching Ching, Ong Xiao Jing dan Kee Pei Jiin kerana telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Saudari Lee Ching Ching juga telah memenangi sijil cemerlang dalam pertandingan peringkat negeri ini.
Filed under: Math / Olympiad Math Competition on April 9th, 2016
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.