Bengkel Matematik Olimpiad SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Satu Bengkel Matematik Olimpiad telah diadakan di dewan sekolah pada 10 dan 11 Jun 2016 daripada pukul 8 pagi hingga 4.00 petang. Sebanyak 60 orang murid menyertai bengkel ini. Bengkel dua hari ini bertujuan memberi motivasi dan meningkatkan minat murid untuk terus belajar Matematik. Adalah diharap selepas menyertai bengkel ini, para murid lebih berkeyakinan untuk mencuba soalan matematik yang lebih mencabar yang melangkaui sukatan pelajaran di sekolah. Penceramah bengkel ini ialah Encik Suhaimi bin Ramly, ketua juru latih pasukan IMO negara kita. Beliau dibantu oleh 3 orang fasilitator. Peserta bengkel ini menyatakan bahawa mereka memang dapat banyak manfaat dan bengkel ini telah meningkatkan minat mereka untuk terus mencabar diri dalam Matematik.
Filed under: Club Activity, Math / Olympiad Math Competition on June 19th, 2016
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.