Majlis Perpisahan Persatuan Matematik
Majlis perpisahan Persatuan Matematik telah diadakan pada 25 Jun 2016. Ahli-ahli daripada kedua-dua perjumpaan Hari Rabu dan Hari Sabtu turut menyertai majlis ini yang diadakan daripada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Kantin Sekolah.
Pengerusi Saudari Tan Bing Chieh telah mengongsi pengalaman beliau tentang usaha yang diambil untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang matematik. Sesi perkongsian ini diteruskan oleh Saudari Oh Yong Xin. Ahli-ahli yang hadir telah dapat banyak manfaat dan motivasi daripada sesi perkongsian ini. Majlis diteruskan dengan permainan dan jamuan ringan.
Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada AJK yang menjayakan majlis ini dan juga harap agar ahli-ahli tingkatan 5 dan tingkatan 3 akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam yang akan datang.
Filed under: Club Activity on July 21st, 2016
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.