Satu Bengkel Matematik Olimpiad telah diadakan di dewan sekolah pada 10 dan 11 Jun 2016 daripada pukul 8 pagi hingga 4.00 petang. Sebanyak 60 orang murid menyertai bengkel ini. Bengkel dua hari ini bertujuan memberi motivasi dan meningkatkan minat murid untuk terus belajar Matematik. Adalah diharap selepas menyertai bengkel ini, para murid lebih berkeyakinan untuk mencuba soalan matematik yang lebih mencabar yang melangkaui sukatan pelajaran di sekolah. Penceramah bengkel ini ialah Encik Suhaimi bin Ramly, ketua juru latih pasukan IMO negara kita. Beliau dibantu oleh 3 orang fasilitator. Peserta bengkel ini menyatakan bahawa mereka memang dapat banyak manfaat dan bengkel ini telah meningkatkan minat mereka untuk terus mencabar diri dalam Matematik.
Filed under: Club Activity, Math / Olympiad Math Competition on June 19th, 2016 | No Comments »
Persatuan telah menerima jemputan daripada SMJK Chung Ling Butterworth untuk menghantar 4 orang peserta untuk mengikuti Latihan Intensif Matematik Olimpiad yang dikendalikan oleh Encik Suhaimi Ramly, juru latih pasukan IMO negara kita. Latihan intensif ini telah diadakan pada 8 dan 9 Jun 2016 selama dua hari daripada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Latihan ini memang bermanfaat dan membuka minda para peserta.
Filed under: Club Activity on June 19th, 2016 | No Comments »
Satu gotong royong telah diadakan di bilik mesyuarat pada 19 Mei 2016. Antara aktiviti dalam gotong royong ini ialah menyusun piala pencapaian ke dalam almari baru. Bilik Mesyuarat nampak ceria selepas gotong royong ini.
Filed under: Club Activity on June 19th, 2016 | No Comments »
CONGRATULATIONS ! Our school has won 2 Awards in this International Maths Challenge : COMMENDATION AWARD and SPECIAL AWARD (Creativity)
We are proud of you! Tan Bing Chieh, Lee Ching Ching, Nicole Phung Weng Kay and Oh Yong Xin.
62 teams from 30 nations have taken part in this international Maths Challenge which was organised by the NUS High School of Science and Mathematics from 23 to 27 May 2016. We are indeed very happy to have won these 2 awards.
Filed under: Math / Olympiad Math Competition on May 29th, 2016 | No Comments »
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut :-
Filed under: Announcement !, Math / Olympiad Math Competition on May 18th, 2016 | No Comments »
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang seperti yang disenaraikan di bawah.
Filed under: Announcement !, Math / Olympiad Math Competition on May 18th, 2016 | No Comments »
6 orang pelajar sekolah kita telah mengambil bahagian dalam kuiz tersebut di atas yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik, Univeriti Sains Malaysia pada 23 April 2016. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tingkatan 3 kerana telah memenangi Tempat Keempat Kumpulan (Kategori Junior). Mereka ialah Ooi Yan Zhuang, Lee Ci Hui dan Susanna Goh. Susanna Goh juga memenangi Tempat Kelima Individu (Kategori Junior).
Filed under: Math / Olympiad Math Competition on April 26th, 2016 | No Comments »
Pertandingan Matematik anjuran Sunway College telah diadakan pada 23 April 2016 di SMK Methodist Lelaki Pulau Pinang. Sebanyak 30 orang pelajar dari SMK Perempuan China Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat negeri ini.
Perbincangan sebelum pertandingan.
Filed under: Math / Olympiad Math Competition on April 24th, 2016 | No Comments »
Perjumpaan diadakan di bilik makmal elektronik pada 13 April 2016 dan ahli telah diberi latihan berkaitan topik “summation” dan “product”.
Filed under: Club Activity on April 24th, 2016 | No Comments »
3 pasukan daripada sekolah kita telah mengambil bahagian dalam “Science and Maths Quiz 2016” anjuran UCSI University pada 9 April 2016 di Dewan YMCA, Pulau Pinang.
Terdapat 40 pasukan daripada sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang bertanding dalam kuiz ini. 4 pasukan terbaik dipilih untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 23 Julai 2016 di University UCSI di Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kita yang terdiri daripada Lee Ching Ching, Ong Xiao Jing dan Kee Pei Jiin kerana telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Saudari Lee Ching Ching juga telah memenangi sijil cemerlang dalam pertandingan peringkat negeri ini.
Filed under: Math / Olympiad Math Competition on April 9th, 2016 | No Comments »